Pages

Thursday, April 27, 2017

Oh Lin

Salam and good day!

Lately, saya agak busy dengan tugasan dan sedikit kerija. Dari pengalaman lalu saya, saya belum pernah begitu mengaktifkan diri dengan aktiviti di kampus. Tapi bermula semester lepas, saya mula terjebak dengan aktiviti-aktiviti "kemasyarakatan" di universiti plus hiburan. Well, saya boleh katakan bahawa saya seronok dengan apa yang saya buat. Dan saya suka. Sangat suka.

Saya tak pernah mencuba untuk melibatkan diri dengan sebarang aktiviti di kolej semasa semester pertama saya di universiti. Kenapa? Kerana saya merasakan bahawa aktiviti tersebut pasti membosankan dan akan mengganggu pelajaran saya. Tetapi, setelah saya mencuba melibatkan diri dengan aktiviti di kampus, ternyata aktiviti tersebut sangat seronok untuk dilakukan. Saya belajar benda baru dan dapat berkenalan dengan ramai pelajar dari pelbagai fakulti. Berkenalan dengan lebih ramai orang dan mencuba untuk menjayakan sesuatu progaram itu adalah satu pengalaman yang tak akan saya lupakan selama saya berada di universiti. Dari situ saya belajar cara untuk menjadi lebih kreatif, menyelesaikan masalah, dan berkomunikasi dengan orang lain.

Ramai orang tidak begitu mengenali saya. Kenapa? Mungkin kerana sikap saya yang terlalu pendiam dan tidak banyak bercakap. Saya cuma akan bercakap apabila perlu dan hanya akan bercakap dengan orang yang membuat saya berasa selesa sahaja. Namun ramai orang tidak tahu betapa saya seorang yang suka bercakap. Saya sangat sangat sangat suka bercakap. Dan pada masa yang sama sangat-sangat tak suka bercakap. Dan sekarang saya tidak pasti, yang mana satu saya. Setelah tiga semester tinggal di luar kampus dan akhirnya berjaya mendapatkan bilik single di kolej kediaman membuatkan hidup saya tak lagi indah. Sunyi. Tapi, saya percaya bahawa bahagia itu satu pilihan. Mulai dari hari itu, saya mula bercakap dengan dinding dan ceiling.

Di kolej, hidup saya jadi lebih mudah. Fakulti yang dahulunya amat jauh terasa lebih dekat. Tujuan utama saya memohon kehidupan yang indah di kolej adalah kerana saya mahu melibatkan diri dengan aktiviti di kolej. Saya ingat lagi kejadian semester lepas. Pada semester yang lalu, saya tinggal di luar kampus. Jadi agak susah untuk saya datang ke mana-mana perjumpaan pada waktu malam. Nasib baik ada kawan saya. Pernah juga kami balik tengah-tengah malam selepas membuat props. Oh, saya tak suka balik malam. Semenjak kejadian yang tidak disenangi itu, saya mula memasang anga-angan untuk menjadi penetap kolej. Menetap di kolej itu memang mudah, tapi tak boleh masak, jadi hidup di kolej juga menjadi sukar bila kita dilarang memasak. Saya tahu kerana saya membuat perbandingan jumlah duit yang keluar semasa saya tinggal di luar kampus dan dalam kampus. Di kolej, duit banyak digunakan untuk membeli makanan. Di rumah sewa, saya cuma perlu membelanjakan RM50 untuk membeli bahan memasak dan makanan yang boleh tahan sebulan. Beli sahaja makanan sejuk beku, satu set telur dan 5kg beras sebagai contoh. Tapi bila hidup di kolej, hari-hari saya ke kafe kolej untuk membeli makanan satu kali sehari. Selari dengan pendidikan, hidup ini harus kreatif. Pandai-pandailah nak hidup.

Itu saja buat hari ini. Semoga kita bertemu lagi di lain blog post.